Covid-19: Kes baharu kembali 3 angka

Nurul Huda Abhar

KES baharu jangkitan Covid-19 kembali mencatatkan penurunan kepada tiga angka iaitu 852 termasuk 13 kes import hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit sembuh yang dicatatkan hari ini adalah 825 dan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh dan discaj adalah 28,234.

“Kes tertinggi yang direkodkan hari ini adalah di Sabah sebanyak 524, dan Selangor 148 kes.

“Pahang dan Perlis hari ini tiada mencatatkan kes baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, empat kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 286 kes.

Selain itu, katanya, kes yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 94 kes.

“Individu yang memerlukan bantuan alat penafasan adalah 32 kes,” ujarnya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights