Permohonan BPN 2.0 hingga 15 November

PEMOHON yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan diminta untuk memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 selewat-lewatnya 15 November ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkata pemohon mestilah bukan penerima BPN 2020 sebelum ini.

LHDN turut memaklumkan pembayaran bagi permohonan baharu yang lulus akan dilakukan pada Januari tahun depan.

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui https://bpn.hasil.gov.my/ atau penghantaran borang manual ke pejabat LHDN berdekatan.

“BPN 2.0 adalah inisiatif kerajaan bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai boleh melayari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan itu.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, hubungi Hasil Care Line melalui talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights