Siti Elizad akur hasrat tak kesampaian

Nilam Oshman

PELAKON dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin akur selepas hasrat menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila mengalami keguguran baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagramnya,
artis berusia 36 tahun itu memberitahu dia disahkan hamil minggu lalu dan sangat gembira serta bersyukur kerana telah lama menanti cahaya mata sebelum mengalami keguguran.

“Allah SWT bagi rasa nikmat menjadi ibu minggu lepas. Tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh ‘rasa’ itu.

“Masya-Allah dia punya gembira tak tau nak kata sebab dah lama menanti, tapi kandungan tak kuat dan bleeding (pendarahan).

“Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Terduduk seketika,” ujarnya.

Pada 21 Oktober lalu, pelakon drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga itu menjalani proses rawatan kesuburan In-vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan zuriat.

Siti Elizad berkata, dia akan terus bersikap positif dan yakin apa yang berlaku ada hikmahnya.

“Tidak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik.

“I will never give up (saya tidak akan berputus asa). I will always be positive and will keep on praying (saya akan terus positif dan akan terus berdoa),” katanya.

Siti Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights