DUA individu dikhuatiri maut apabila tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah villa di Banjaran Hot Spring, Tambun, Perak, awal pagi tadi.
Mangsa yang terperangkap, Lee Tze Jun, 32, dan Ooi Chee Wei, 39.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata mereka menerima panggilan pada jam 1.28 pagi.
“Dua mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di yang menimpa sebuah villa,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Katanya, bomba menggerakkan pasukan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) untuk mengesan kedudukan sebenar mangsa dan usaha mengeluarkan mereka giat dijalankan.
“Pusat gerakan operasi akan memberi maklumat terkini dan mutakhir dari semasa ke semasa,” katanya. – Malaysiapost