Covid-19: Kes kematian di Malaysia kini 300

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di Malaysia mencatatkan 300 kes setakat hari ini, susulan enam lagi kematian baharu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kematian tersebut adalah 0.7 peratus daripada keseluruhan kes di Malaysia setakat ini.

Beliau berkata, semua enam kematian hari ini membabitkan empat mangsa lelaki dan dua wanita di Sabah, termasuk seorang bukan warganegara.

Katanya, dua kematian adalah di Hospital Semporna membabitkan lelaki berusia 47 tahun serta seorang lagi 77 tahun yang menghidap bengkak kelenjar prostat (BHP).

“Tiga kematian adalah di Hospital Duchess of Kent di Sandakan, iaitu lelaki berusia 53 tahun, serta dua wanita berumur 62 dan 65 tahun.

“Lelaki tersebut mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan angin ahmar manakala wanita berumur mempunyai kanser pangkal rahim, payudara dan osteoartritis.

“Satu lagi kematian adalah lelaki berumur 84 tahun di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu yang mempunyai penyakit Parkinson, BHP dan Hepatitis B,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights