Pencemaran air, Kasa tawar RM5,000 kepada pemberi maklumat

KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air (Kasa) menawarkan ganjaran RM5,000 kepada pemberi maklumat susulan pencemaran air di Sungai Selangor.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ganjaran itu diberikan selaras dengan komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2021.

“Oleh yang demikian, Kasa ingin menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000.00 kepada mana-mana pihak yang dapat menyalurkan maklumat dan bukti sehingga tertangkapnya pihak yang melakukan pencemaran ini.

“Justeru, sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada [email protected] atau talian hotline JAS di 1-800-88-2727,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ganjaran yang diberikan ini adalah selaras dengan komitmen berterusan kerajaan di dalam Belanjawan 2021 yang akan menyediakan peruntukan khas kepada mana-mana yang dapat menyalurkan maklumat tentang sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang, termasuk isu pencemaran sungai.

“Saya amat memandang serius mengenai perkara ini kerana tujuh insiden henti tugas loji rawatan air di Selangor akibat pencemaran sungai pada tahun ini tidak sepatutnya berlaku.

“Selain daripada itu juga, cadangan YB Menteri Kewangan melalui peruntukan sebanyak RM40 juta dalam tempoh lima tahun bagi mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan pemantauan kualiti alam sekitar, termasuk mewujudkan 30 stesen pemantauan di seluruh negara akan dapat mempertingkatkan operasi semua agensi di bawah KASA,” ujarnya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights