Pencemaran sungai Selangor, Luas lapor polis

LEMBAGA Urus Air Selangor (Luas) membuat laporan polis hari ini susulan kes pencemaran air di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Selangor.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Selangor, SAC Datuk Fadzil Ahmat, pihak polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang pegawai penguatkuasa Luas hari ini mengenai pencemaran yang dikesan di LRA berkenaan kira-kira jam 3.00 petang tadi.

Katanya, siasatan awal pihak LUAS mendapati air di loji disyaki mengandungi bahan solvent hingga ke tahap 8 ton.

“Ekoran dari itu bekalan air terpaksa ditutup hingga kerja pembersihan selesai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah Gombak telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 430 KK.

“Siasatan diteruskan,” katanya.

Terdahulu, Luas memaklumkan empat LRA iaitu Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas akibat pencemaran bau seakan-akan solvent (pelarut) dikesan di Sungai Selangor sekitar jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights