Piala Malaysia wajar diteruskan – Exco FAM

EXCO Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj berpandangan Piala Malaysia wajar diteruskan walaupun semalam kerajaan memaklumkan ia ditangguhkan.

https://twitter.com/chrisraj23/status/1325790167437750273?s=20

Menerusi akaun Twitter, Christopher menyatakan kejohanan tertua di rantau Asia itu boleh berlangsung di negeri yang tidak terbabit dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pertandingan boleh dijalankan di gelanggang yang terletak di negeri bukan di bawah PKPB misalnya Pahang, Kelantan dan Perlis.

“Kepadatan jadual akan dirasai oleh pasukan sekiranya Piala Malaysia ditangguh sehingga tahun 2021, jika mengambil kira kalendar pertandingan AFC,” katanya.

Beliau juga berpandangan, setakat ini belum ada lagi penularan Covid-19 membabitkan pemain dan kakitangan pasukan.

“Tiada kes Covid-19 membabitkan pemain dan pegawai bola sepak. Mereka telahpun menjalani swab test sebelum pertandingan dijalankan

“Selain itu, setiap pasukan perlu membayar gaji para pemain dan pegawai pasukan sehingga bulan Disember. Ini akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan,” katanya.

Katanya, format pertandingan itu juga diubah kepada kalah mati, berbanding format separa liga sebelum ini, di mana hanya 15 perlawanan sahaja dan tempoh pertandingan jauh lebih singkat.

“Kita memohon pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) dapat berbincang dulu dengan pemegang taruh untuk mencari solusi yang terbaik.

“Saya yakin pasukan sentiasa patuh dan mengamalkan SOP yang disediakan dalam memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal.

“Kehadiran di stadium hanya membabitkan pemain, pegawai pasukan, pegawai pertandingan, ball boy, anggota perubatan, anggota keselamatan, petugas media, dan krew penyiaran tanpa kehadiran penonton,” katanya. -Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights