‘Like’ foto anak Fazura, netizen tanya Neelofa dah boleh “move on”?

‘Like’ foto anak Fazura, netizen tanya Neelofa dah boleh “move on”?

RAMAI peminat tertunggu-tunggu untuk melihat wajah anak perempuan pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin yang selamat dilahirkan pada 2 Oktober lalu.

Bayi perempuan diberi nama klasik Fatima Aisya, masih belum didedahkan wajahnya namun beberapa fotonya telah dimuat naik di laman Instagram (IG) milik ibu bapanya.

Satu hantaran foto dimuatnaik Fazura semalam memaparkan Fatima sedang baring di atas tilam berona merah jambu, dibanjiri komen pengikut IG yang memuji bayi tersebut comel dan ibunya kelihatan cantik walaupun baru selepas bersalin.

Apa yang menjadi kejutan netizen apabila pelakon dan pengacara, Neelofa turut menekan tanda suka kepada foto Fatima yang dikongsi ‘page’ Meletop.

Ramai pengikut IG teruja dengan tindakan Neelofa yang kini sudah berniqab turut menyukai gambar bayi Fazura dan Fattah Amin.

Malah, melalui semakan lanjut didapati bekas pengacara Meletop itu juga menekan tanda like kepada gambar Fazura ketika sarat mengandung.

“Lofa pun suka kat anak Fazura”

“Cuma datang sini nak tengok ‘like’ dari Lofa. I love you Lofa. Sebab aku harap suatu hari Lofa dan Fazura dapat bersua muka dan berbaik”

“Neelofa ‘like’ gambar ni la”

Neelofa sebelum ini pernah bergandingan dengan Fattah Amin dalam siri ‘Suri Hati Mr Pilot’ dan desas desus mengatakan wujud hubungan istimewa antara mereka.

Malah, Neelofa pernah dikecam selepas dikatakan memerli Fazura dalam satu video di Twitternya, enam bulan selepas Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah Amin.

Menerusi video tersebut, Neelofa seakan-akan mengajuk perbualan Fazura ketika di set penggambaran dan itu mencetuskan spekulasi hubungan dingin antara mereka berdua. – Malaysiapost