Penganggur didakwa liwat remaja perempuan

Penganggur didakwa liwat remaja perempuan

SEORANG Penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas tuduhan meliwat remaja perempuan berusia 14 tahun.

Tertuduh berusia 18 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Harian Metro melaporkan, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan seks luar tabii ke atas mangsa di sebuah taman perumahan di daerah itu, pada jam 12.30 tengah malam, 12 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh wajib melaporkan diri sekali sebulan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu.

Tertuduh juga tidak boleh mengganggu saksi-saksi pendakwaan sepanjang prosiding.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah manakala, tertuduh tidak diwakili peguam. -Malaysiapost