Diam, keluar sekarang!

Diam, keluar sekarang!

Muhammad Mustakim Ramli

[Parlimen] KAMU diam sekarang, keluar saya panggil polis, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata demikian kepada Lim Lip Eng (PH – Kepong) di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Azhar juga mengarahkan Ahli Parlimen DAP itu digantung lima hari selepas mempertikai serta mengatakan ‘bodoh’ ketika Azhar menjelaskan isu berkaitan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) yang didakwa menghina Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdahulu beberapa Ahli Parlimen Pembangkang mendesak King Sing menarik balik dan memohon maaf atas keceluparan beliau, semalam.

King Sing semalam menuduh Dr Noor Hisham ‘takut mati’ kerana didakwa tidak ke Sabah ketika gelombang ketiga Covid-19.

“DG (Dr Noor Hisham) takut mati sebab dia tak turun di Sabah, tak lockdown awal-awal di penjara,” kata King Sing hingga menimbulkan suasana panas di Parlimen. – Malaysiapost