Dimaklumkan positif Covid-19 selepas 45 minit beraksi

Dimaklumkan positif Covid-19 selepas 45 minit beraksi

PERTAHANAN Croatia, Domagoj Vida dimaklumkan positif Covid-19 selepas beraksi separuh masa pertama perlawanan persahabatan dengan Turki di Istanbul semalam, kata persekutuan bola sepak Croatia (HNS).

Kesemua pemain dan kakitangan skuad Croatia didapati negatif Isnin lalu tetapi ujian tambahan dijalankan pagi semalam menjelang aksi Liga Negara-Negara menentang Sweden pada Sabtu.

Memetik laporan AFP, pasukan perubatan Croatia mendapat makluman awal yang terdapat satu keputusan positif ketika rehat aksi menentang Turki.

Vida, pemain 31 tahun yang beraksi untuk kelab Turki Besiktas, akan dikuarantin di Istanbul.

Finalis Piala Dunia itu akan terlepas perlawanan menentang Sweden dan Portugal Selasa ini.

Croatia, naib juara Piala Dunia 2018 kini di tangga ketiga Kumpulan A3 Liga Negara-Negara yang turut dibarisi Perancis, Portugal dan Sweden. – Malaysiapost