Sistem baharu Bank Rakyat bermasalah?

Sistem baharu Bank Rakyat bermasalah?

SISTEM baharu yang digunakan Bank Rakyat ketika ini dikatakan menimbulkan banyak masalah dan tidak mesra pengguna.

Berdasarkan aduan pengguna kepada Malaysiapost, beberapa kelemahan telah dikenalpasti berlaku sehingga memberi masalah kepada pelanggan.

“Antara masalahnya transaksi IBG tak lepas. Tak dapat proses serta pindahan dana melalui transaksi MEPS juga turut bermasalah.

“Bukan itu saja, akaun Tabung Haji (TH) juga tidak dapat diakses, bahkan ada yang tiba-tiba baki akaun simpanan berkurang,” kata pengadu kepada Malaysiapost, melalui kiriman emel.

Awal Oktober lalu, Bank Rakyat melakukan penambahbaikan terhadap sistem perbankkan mereka.

Bagi tujuan itu Bank Rakyat menggantung seketika operasi di mesin pengeluaran duit dan juga mesin penyimpanan wang.

Sementara itu pengadu berkata, ada pelanggan yang telah selesai membayar kesemua pinjamannya, namun dikesan masih mempunyai baki pinjaman belum dijelaskan selepas sistem baharu digunakan.

“Ada peminjam yang nilai pinjamanya tiba tiba bertambah. Bahkan ada yang automatik dipotong amaun bayaran bulanan walaupun pinjaman dah habis bayar,” katanya lagi.

Malaysiapost sedang berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak Bank Rakyat berhubung perkara ini.- Malaysiapost