Bekalan air di Selangor, KL pulih sepenuhnya

Bekalan air di Selangor, KL pulih sepenuhnya

SEMUA 1,279 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya jam 12 tengah hari tadi.

Ia membabitkan Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Sehubungan itu, Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Selasa lalu, LRA Fasa 1,2,3 serta Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas selepas pencemaran bau seakan-akan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor.

Susulan itu, sebanyak 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat, mengalami gangguan bekalan air. – Malaysiapost