Covid-19: 1,304 kes baharu, satu kematian

Covid-19: 1,304 kes baharu, satu kematian

Nilam Oshman

KES baharu jangkitan Covid-19 kembali mencatatkan empat angka hari ini iaitu 1,304 kes membabitkan 1,300 kes tempatan dan empat kes import.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 45,095 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu Sabah mencatatkan 556 kes baharu manakala Selangor 364 kes, diikuti Kuala Lumpur (202).

“Negeri Sembilan (83), Pulau Pinang (43), masing-masing 13 kes di Sarawak, Melaka dan Perak, serta masing-masing lima di Kedah dan Kelantan, Labuan (4), Johor (3) dan Putrajaya (1),” katanya dalam sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan 96 individu masih di rawatan rapi (ICU) di mana 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat penambahan satu kematian hari ini menjadikan jumlah kumalatif kematian adalah 304 kes. – Malaysiapost.