Gangguan bekalan air: 99 peratus kawasan sudah pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan air: 99 peratus kawasan sudah pulih sepenuhnya

Nurul Huda Abhar

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan 1,263 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya daripada 1,279 yang terlibat gangguan bekalqn air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Fasa 1, 2, 3, dan Rantau Panjang.

Air Selangor memaklumkan, sehingga jam 6 pagi tadi, sebanyak 16 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan dan akan menerima bekalan air secara berperingkat.

Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut :

Petaling               100 peratus
Klang/Shah Alam  92 peratus
Gombak              100  peratus
Kuala Lumpur      100 peratus
Hulu Selangor      91  peratus
Kuala Langat       100 peratus
Kuala Selangor    100 peratus

“Air Selangor berharap pengguna yang telah mendapat bekalan air menggunakannya secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang terjejas berjalan lancer seperti dijadualkan,” katanya hari ini.

Terdahulu, empat LRA iaitu Fasa 1,2,3 serta Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas selepas pencemaran bau seakan-akan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor sekitar jam 12.20 hingga jam 12.45 tengah hari, 10 November lalu.

Susulan itu,  sebanyak 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat, mengalami gangguan bekalan air. – Malaysiapost