MOSTI pantau kumpulan sebar maklumat salah berkaitan vaksin

MOSTI pantau kumpulan sebar maklumat salah berkaitan vaksin

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan terus memantau kumpulan anti-vaksin yang menyebarkan maklumat salah terhadap orang ramai.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ia bagi membolehkan tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap kumpulan terbabit.

Malah, beliau berkata pihak kementerian telah melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung tindakan seorang wanita, dipercayai anti-vaksin yang menyebarkan pembohongan berkaitan vaksin.

Difahamkan, wanita memuat naik video dan memberikan maklumat salah berkenaan vaksin di YouTube.

“Viral beberapa hari yang lalu sebuah video oleh wanita ini menyebarkan pembohongan dan salah maklumat mengenai vaksin.

“@officialmosti (MOSTI) membuat laporan kepada dan YouTube telah menurunkan video tersebut.

“Kami akan terus memantau maklumat yang salah dari anti-vax dan mengambil tindakan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya semalam.

Baru-baru ini, Khairy dilaporkan berkata kerajaan akan memastikan apa sahaja vaksi Covid-19 yang diperoleh negara ini, selamat digunakan selain terbukti berkesan tidak kira dari mana ia dihasilkan.

Khairy berkata beliau memahami kebimbangan rakyat berhubung vaksin yang akan diterima, sama ada ia selamat digunakan dan menjelaskan Malaysia mempunyai skim pendaftaran dan pelesenan ketat untuk farmasi di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). – Malaysiapost