Salah positif Covid-19

Salah positif Covid-19

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah disahkan positif Covid-19 oleh skuad kebangsaan Mesir hari ini.

Menerusi ciapan di Twitter, Persatuan Bola Sepak Mesir berkata ia susulan ujian swab dijalankan ke atas semua pemain skuad kebangsaan negara itu.

Menurutnya, hanya Salah disahkan positif Covid-19 manakala keputusan saringan bagi semua pemain lain didapati negatif.

“Mohamed Salah tidak menunjukkan sebarang simptom,” katanya.

Situasi itu tentunya memberi satu lagi ‘tamparan’ buat Liverpool selepas kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan.
Antaranya Virgil van Dijk, Fabinho, Thiago, Trent Alexander-Arnold, Alex Oxlaid Chamberlain dan Joe Gomez.

Salah kemungkinan besar tidak akan diturunkan apabila juara bertahan Liga Perdana itu menentang pendahulu liga, Leicester City pada 21 November ini di Anfield. – Malaysiapost