Semua Ahli Parlimen Amanah tak sokong Belanjawan 2021

Semua Ahli Parlimen Amanah tak sokong Belanjawan 2021

SEMUA Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), 6 November lalu.

Perkara itu ditegaskan Presidennya, Mohamad Sabu yang menyatakan keputusan tersebut selari dengan ketetapan dibuat kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Itu kita bercakap dalam Parlimen, Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah cakap kalau hendak sokong mesti dipinda beberapa perkara.

“Kita, parti Pejuang pun bercakap, Umno pun bercakap juga beberapa perkara perlu dipinda untuk dapat sokongan, kita bersama PH (tidak sokong),” katanya seperti dilaporkan Astro Awani ketika ditemui di Kota Bharu hari ini.

Mohamad berkata, Belanjawan 2021 juga tidak menepati beberapa tuntutan yang dikemukakan PH.

Sementara itu, Amanah mengumumkan untuk mengekalkan Asmuni Awi sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15. – Malaysiapost