Ustaz Kazim ‘panas hati’ dengan doktor

Ustaz Kazim ‘panas hati’ dengan doktor

PENDAKWAH terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias dikatakan bengang dengan sikap seorang doktor yang dianggapnya ‘kurang ajar’ dalam memberi teguran.

Mohd Kazim berkata, beliau hormat semua orang termasuk doktor, namun dia hanya memberi nasihat untuk perubatan mengikut al-Quran dan Sunnah.

“Saya hormat profesion doktor dan kesihatan, salahkah saya hanya bercakap untuk menggunakan kaedah yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah? Saya akui saya bukan doktor dan saya tak layak bercakap mengenai perubatan.

“Hanya doktor sahaja yang layak. Nak tahu pasal sakit jantung saya, mai la kita zoom meeting (bersemuka), kita cerita panjang-panjang pasal jantung saya.

“Saya tidak pernah pertikai SOP, solat di masjid pun saya ikut SOP, di sekolah saya, kami ikut SOP,” katanya menerusi Facebook.

Difahamkan, doktor tersebut menyentuh hal berkaitan perubatan dan SOP dengan bahasa yang agak kurang adab di ruangan Facebook Ustaz Mohd Kazim.

“Tapi salahkah saya (doktor) bertanya? Kenapa seolah-olah ada kelopangan dalam pematuhan. Ada tanya, ustaz hanya cakap ikut al-Quran ikut hadis. Mana dianya, mana dia penyelesaiannya al-Quran dan hadisnya?,” soal doktor berkenaan.

Justeru itu, Mohd Kazim meminta doktor terbabit datang berjumpa dan berbincang hal berkenaan dengannya bagi merungkai segala persoalan.

“Amboi, mai la jumpa saya kita bincang pulak panjang lebar. Jumpa pun tak nak asyik komplen (mengadu) je.

“Saya tak kutuk doktor, tapi bahasa doktor tidak melambangkan anda sebagai doktor. Sains dan teknologi bukan segala-galanya doktor,” ujarnya. – Malaysiapost