3 kenderaan dihempap pokok

3 kenderaan dihempap pokok

TIGA kenderaan dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kuat melanda di Jalan Medan 23, Taman Medan, Petaling Jaya hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.44 malam tadi.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati sebatang pokok tumbang menghempap tiga kenderaan iaitu dua Perodua Myvi dan sebuah Mazda 5 yang diletakkan di sebuah garaj di lokasi berkenaan.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Malaysiapost