Lelaki Mynmar durjana, rogol wanita bisu, pekak

Lelaki Mynmar durjana, rogol wanita bisu, pekak

SEORANG gadis kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak terpaksa berdepan dengan pengalaman ngeri apabila dipercayai menjadi mangsa rogol kepada dua lelaki warga Myanmar.

Difahamkan perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah kongsi di Ajil, Hulu Terengganu tidak jauh dari rumah mangsa yang berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata perbuatan suspek itu terbongkar selepas ahli keluarga mangsa tampil membuat laporan polis kira-kira jam 7.30 malam, Khamis lalu.

Susulan laporan yang diterima, pihaknya telah menahan kedua-dua suspek tersebut kira-kira jam 11 malam pada hari yang sama di sekitar Ajil.

“Polis telah membuat tangkapan dua orang suspek lelaki Myanmar berumur awal 20an dan seorang lagi 30 tahun.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Adli berkata siasatan awal mendapati kejadian itu merupakan kali pertama berlaku.

Berikutan itu, katanya, kedua suspek telah ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut. – Malaysiapost