Tan Sri Zaleha Ismail meninggal dunia

Tan Sri Zaleha Ismail meninggal dunia

BEKAS Menteri dan veteran Umno, Tan Sri Zaleha Ismail meninggal dunia di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur jam 8.34 malam tadi.

Jenazahnya akan dibawa ke Taman Perwira Satu, Gombak dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota pada jam 10 pagi esok.

Allahyarhamah telah terlibat dalam politik selama 30 tahun dan mula bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-5 (PRU5) pada 1978 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang, Selangor.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan 1987 hingga 1995 ketika menjadi Ahli Parlimen Gombak.

Beliau juga pernah menjawat Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat pada 1995 hingga 1999. – Malaysiapost