Kalau ada rezeki tidak akan ke mana – TMJ

Kalau ada rezeki tidak akan ke mana – TMJ

Muhammad Mustakim Ramli

SATU pintu tertutup, insha’Allah akan ada pintu yang lain akan terbuka, titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

TMJ bertitah demikian selepas memberi komen di laman istagram rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berhubung keputusan kerajaan membatalkan Piala Malaysia 2020 serta tidak membenarkan pasukan itu beraksi di Liga Juara Juara Asia (ACL).

“Kalau ada rezeki tidak akan ke mana. Kalau tiada ‘stay positive’. Satu pintu tutup, insha’Allah akan ada pintu yang lain akan terbuka.

“Semua benda ada hikmahnya. ‘Life goes on. Dont worry’. I’m here/saya di sini. Love you JDT,” titah TMJ.

Terdahulu Istagram JDT memuat naik titah Tunku Ismail mengenai kesihatan, keselamatan dan masa depan diutamakan pasukan itu disebalik keputusan kerajaan tidak membenarkan JDT beraksi dalam ACL yang berlangsung di Doha, Qatar.

TMJ bertitah, kerajaan telah melakukannya demi kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia kerana kes Covid-19 semakin meningkat dan situasi ini akan menjejaskan kelangsungan hidup jika berterusan.

“Sesiapa sahaja tidak terlepas dari ancaman Covid-19. Sebagai contoh pemain bintang Mesir, Mohamad Salah juga telah disahkan positif apabila tiba untuk perlawanan antarabangsa walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom. Ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan kita tidak boleh mengambil sebarang risiko.

“Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT sudahpun menyatakan kekecewaan kelab kerana musim 2020 berakhir begitu sahaja tetapi kami akur dengan keputusan kerajaan dan memahami bahawa kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia adalah penting demi masa depan negara,” titahnya.-Malaysiapost