NGO, ahli politik didakwa kutip fi ‘Wilayah Bebas Berniaga’?

NGO, ahli politik didakwa kutip fi ‘Wilayah Bebas Berniaga’?

AHLI Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mendakwa ada badan bukan kerajaan (NGO) mengutip bayaran fi bagi mengeluarkan kebenaran untuk beroperasi menerusi inisiatif ‘Wilayah Bebas Berniaga’.

Hannah berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa peniaga kecil berhubung kegiatan itu yang didakwa didalangi NGO dan ahli politik yang bukan mewakili Pakatan Harapan (PH).

Justeru, beliau berkata, semua peniaga dinasihatkan berhubung terus dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mendapatkan kebenaran tersebut.

“Saya ingin menyeru peniaga untuk tidak membayar fi tidak rasmi seperti ini dan berhubung terus dengan DBKL untuk kebenaran berniaga.

“Hapuskan peranan orang tengah seperti ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan pelaksanaan Wilayah Bebas Berniaga selama enam bulan bermula hari ini hingga 15 April 2021.

Inisiatif itu bagi membantu meringankan bebanan penduduk khususnya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB). -Malaysiapost

Komen