Pesakit Covid-19 lari dari Hospital Pulau Pinang

Pesakit Covid-19 lari dari Hospital Pulau Pinang

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai pesakit Covid-19 melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

Memetik laporan Bernama, sumber polis berkata lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang berasal dari Kepala Batas itu sedang menjalani rawatan di HPP sebelum dikesan tiada di katilnya pada jam 3.20 petang tadi.

“Lelaki itu yang memakai baju dan seluar berwarna putih meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya,” katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya kini giat mengesan lelaki berkenaan. – Malaysiapost

Komen