Polis cedera, khemah SJR runtuh dipukul ribut

Polis cedera, khemah SJR runtuh dipukul ribut

SEORANG anggota polis cedera di kepala selepas khemah sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Duta runtuh akibat dilanda hujan lebat, petang tadi.

Mangsa, Koperal Nazmi Abdullah yang juga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur berjaya diselamatkan rakan setugasnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan di Facebook, memaklumkan mangsa kini masih ditempatkan di Wad Kecemasan Zon Kuning, HKL.

“Seluruh warga PDRM mendoakan agar Koperal Nazmi dikurniakan semula kesembuhan dan terus dikuatkan semangat untuk kembali berkhidmat kepada negara,” katanya. -Malaysiapost

Komen