Moratorium: Rakyat hampir lemas bagilah pelampung- Noh

Moratorium: Rakyat hampir lemas bagilah pelampung- Noh

Aiman Hanif

[ PARLIMEN ] TAN Sri Noh Omar (BN- Tanjung Karang) menggesa kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan membenarkan pengeluaran akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 kerana rakyat kini hampir lemas.

Beliau berkata, pelanjutan moratorium pinjaman dan pengeluaran akaun 1 caruman Kumpulan Wang KWSP adalah “pelampung” buat rakyat ketika Covid-19.

“Moratorium seperti pelampung, ini pelampung rakyat punya. Kenapa kita kerajaan susah nak bagi pelampung.

“Rakyat nak tenggelam, Kita bagilah pelampung, anggaplah ini pelampung untuk keselamatan rakyat.

“Bila (situasi) dah pulih nanti kita ambil baiklah pelampung,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Noh berkata, sokongan bersyarat yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bukanlah “hikayat Puteri Gunung Ledang”.

Jelasnya, tanggapan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung perkara itu adalah tidak tepat.

Najib Rabu lalu berkata, sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 adalah bersyarat di mana kerajaan perlu melanjutkan moratorium pinjaman dan membenarkan pengeluaran caruman akaun 1 KWSP.

Dalam pada itu, Noh berkata apalah makna simpanan hari tua jika simpanan berpuluh tahun tidak boleh digunakan dalam situasi sukar.- Malaysiapost

Foto Kredit: Malay Mail

Komen