Nilai rizab sumber mineral negara RM4.11 trilion

Nilai rizab sumber mineral negara RM4.11 trilion

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] NILAI rizab sumber mineral negara berjumlah RM4.11 trilion yang dinilai berdasarkan harga semasa, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau (BN-Lenggong) berkata, jumlah itu berdasarkan tiga kategori utama sumber yang dilombong secara komersial iaitu mineral berlogam, mineral bukan logam dan mineral tenaga.

“Dalam usaha memastikan ia memberi pulangan besar kepada negara, daya saing global sentiasa teguh dengan matlamat Dasar Mineral Negara 2, kerajaan melalui agensi-agensinya akan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut.

“Iaitu menggalakan lebih banyak aktiviti ekplorasi sumber mineral dijalankan terutamanya kajian dan pembangunan ke atas mineral startegik seperti eleman nadi bumi bukan radio aktif, membangunkan produk nilai tambah dalam setiap rantaian nilai termasuk kegunaan teknologi baru bagi mengurangkan impak negatif industri ini terhadap alam sekitar.

“Selain memantapkan pengurusan sumber mineral melalui pengukuhan undang-undang dan menjadikan sumber mineral sebagai sumber kekayaan baru negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai usaha-usaha baru dan prospek kini dan masa depan sektor galian dan perlombongan di negara ini.

Sementara itu, Shamsul berkata, kementeriannya sedang membangunakan Pelan Tranformasi Mineral Negara 2021-2030 untuk meningkatkan daya saing mineral supaya mampu menyumbang utama kepada ekonomi negara

“Gerak kerja yang dirangka dalam tempoh 10 tahun akan memastikan perubahan tranformasi mnineral kearah impak lebih tinggi terhadap pembangunan ekonomi dan pendapatan negara disamping meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya. -Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

Komen