Shafie: Biar saya mati di gelanggang politik

Shafie: Biar saya mati di gelanggang politik

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] GANGGUAN dari kerajaan didakwa menjadi punca pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan menyebabkan peningkatan jumlah kes Covid-19 di Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna), berkata sebelum ini iaitu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, negeri itu adalah negeri paling terkawal dari wabak pandemik berkenaan.

“Kalau sekiranya tidak ada gangguan daripada kerajaan yang ada pada hari ini negeri Sabah adalah negeri yang amat terkawal keranan mempunyai paling banyak ‘green area’.

“Tetapi malangnya kerana mereka berkuasa mereka mahu mengambilnya,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian selepas Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) mencelah dan bertanya sama ada beliau menyesal atau tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hingga menyebabkan peningkatan kes Covid-19.

Sementara itu, Shafie berkata beliau hairan dengan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa beliau sanggup mati kerana Covid-19.

“Saya bukan sanggup mati kerana Covid.. saya nyatakan nak menyerahkan kuasa bukan kepada pihak yang bergantung kepada ‘cash is king’ kerana ‘purchasing power’ mereka mahu membeli DUN, nak serah kuasa baik saya mati dalam gelanggang politik.

“Bukan mati kerana covid, mati di gelanggang politik kerana kita serah kepada rakyat,” katanya. -Malaysiapost

Komen