ADUN Bugaya masuk ICU kerana masalah buah pinggang

ADUN Bugaya masuk ICU kerana masalah buah pinggang

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datin Manis Muka Mohd Dara, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, malam tadi.

Menerusi hantaran di akaun Facebook anak perempuan beliau, Fara Deeba Sabardin memohon semua keluarga dan rakan taulan mendoakan kesihatan ibunya yang ketika ini sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Assalammualaikum WBT.. walaupun berat untuk saya menulis tapi saya percaya 44 kali kita berdoa insya Allah akan dimakbulkan doa-doa kita.

“Saya mohon kepada semua keluarga dan rakan-rakan doakan ibu kami Manis Muka Mohd Dara supaya diberikan kesihatan dan kekuatan yang sekarang sedang berada di ICU Gleneagles Kota Kinabalu.

“Semoga dengan doa-doa kalian akan diangkat dan dimakbulkan Allah SWT berikan dia kekuatan serta semangat untuk terus kuat,” katanya sepert dilapor Berita Harian.

Sementara itu, Fara Deeba ketika dihubungi menjelaskan ibunya dimasukkan ke hospital itu kerana masalah buah pinggang.

Manis Muka, yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Sabah (Warisan) Semporna mempertahankan kerudi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu, dalam saingan tujuh penjuru mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Cinta Sabah (PCS) dan dua calon Bebas.

Beliau aktif dalam politik sejak 1985 dan pernah memegang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Semporna, sebelum menyertai Warisan. -Malaysiapost

Komen