Apa untung kerjasama dengan Bersatu, PAS soal Ku Li

Apa untung kerjasama dengan Bersatu, PAS soal Ku Li

UMNO perlu memikirkan semasak-masaknya untuk meneruskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS,kata Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, jika Umno tidak dapat mengetepikan konflik yang bakal berlaku dengan kerjasama politik yang dilaksanakan ini adalah lebih baik untuk ia dikaji semula.

“Apa untung kita (Umno) dengan parti Bersatu… Banyak orang tanya saya apa untung kita berpakat dengan PAS.

“Apa matlamat PAS… Apa matlamat Bersatu? Seakan-akan sama, akhirnya kita bergaduh pula.

“Jadi jika kita tak dapat ketepikan konflik yang bakal berlaku saya rasa tak baik untuk rakyat dan negara,” katanya dalam satu temubual bersama The Malaysia Insight.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, jangan kerana hendak adakan perhimpunan besar, Umno adakah pakatan seumpama itu tetapi akhirnya tidak boleh memberi kebaikan kepada rakyat.

“Jadi saya elok kita kaji semula,” katanya. – Malaysiapost

Komen