Jenazah Hasbullah disolat jam 11 pagi ini

Jenazah Hasbullah disolat jam 11 pagi ini

JENAZAH Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia di Raub, Pahang petang semalam akan disolatkan di Masjid Jamek Gerik 11 pagi ini.

Adiknya, Zubaidah Osman, berkata jenazah tiba jam 4.50 pagi tadi dari Hospital Raub.

“Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Jamek Gerik dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang,” katanya.

Hasbullah yang dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 11 Mei lalu, pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2009.

Allahyarham meninggal dunia petang semalam dipercayai kerana serangan jantung di sebuah Hospital di Raub, Pahang. -Malaysiapost

Komen