Pemuda Umno rayu KWSP longgarkan syarat i-Sinar

Pemuda Umno rayu KWSP longgarkan syarat i-Sinar

Fitri Nizam

SYARAT pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) begitu rigid dan ketat terhadap pencarum.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya menerima aduan daripada pencarum berkaitan syarat-syarat dikenakan oleh KWSP bagi membolehkan ahli mengeluarkan wang mereka menerusi skim i-Sinar.

Katanya, ramai yang terjejas teruk pendapatan tetapi tidak berada dalam kategori diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji.

“Malah ramai yang menjadi pencarum selama puluhan tahun tetapi sudah tidak mencarum dalam tempoh Mac 2019 hingga Februari 2020 sebagaimana yang disyaratkan.

“Namun, hakikatnya mereka tetap berdepan dengan isu kelangsungan hidup akibat terjejas teruk sumber pendapatan lantaran kerugian perniagaan disebabkan pandemik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, kes begini adalah sebahagian sahaja daripada pelbagai kesengsaraan rakyat yang susah dan mengharapkan untuk mengeluarkan wang simpanan mereka untuk menyelesaikan perbelanjaan dan komitmen yang tertunggak.

“Juster, Pemuda Umno mengharapkan ihsan KWSP untuk melonggarkan syarat dan mengambil kira juga masalah rakyat yang ketika ini benar-benar sengsara akibat kekangan pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.-Malaysiapost

Komen