Salleh Keruak dilantik Pengerusi Kelab Penyokong GRS

Salleh Keruak dilantik Pengerusi Kelab Penyokong GRS

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pemilihan beliau dibuat semasa Mesyuarat Pra-Majlis Adun-Adun GRS sebelum sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam.

Sementara itu, Salleh menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas pelantikan itu.

“Ini merupakan satu amanat dan saya akan cuba melakukan yang terbaik dan berusaha menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai pengerusi Kelab Backbenchers GRS,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Pada pilihan raya negeri baru-baru ini, Salleh yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia mencatatkan kemenangan selesa kerusi DUN Usukan dengan majoriti 4,298 undi. – Malaysiapost

Komen