LRA Rantau Panjang dihenti tugas lagi

LRA Rantau Panjang dihenti tugas lagi

LEMBAGA Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan daripada Syarikat Air Selangor Berhad (Air Selangor) berkenaan dengan pencemaran bau seakan bahan pelarut dengan bacaan 1 TON.

Pencemaran bau itu dikesan di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang kira-kira jam 7 malam tadi.

Menurut LUAS, susulan daripada itu LRA Rantau Panjang telah dihenti tugas pada jam 7.10 malam ini.

“LUAS, Air Selangor dan pihak yang terbabit sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi laman Facebook LUAS, sebentar tadi. – Malaysiapost

Komen