MPS sita kilang lepas sisa bahan terlarang

MPS sita kilang lepas sisa bahan terlarang

MAJLIS Perbandaran Selayang (MPS) menyita sebuah kilang di Jalan Sungai Bakau, Rawang kerana didapati melepaskan sisa bahan terlarang (efluent) semalam.

Difahamkan, operasi bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu dijalankan susulan aduan serta siasatan di lokasi kilang tersebut.

MPS menerusi kenyataan berkata, sisa bahan terlarang itu berisiko menyebabkan pencemaran ke lurang pembentungan kumbahan.

“MPS telah mengeluarkan satu kompaun mengikut Undang-Undang Kecil 8(2) kerana pihak kilang gagal mengemukakan salinan asli lesen serta notis kacau ganggu di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Seksyen tersebut menghendaki pemilik menutup operasi dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam tempoh 7 hari,” katanya. -Malaysiapost

Komen