Muafakat Nasional bincang isu pendaftaran, kedudukan Bersatu malam ini

Muafakat Nasional bincang isu pendaftaran, kedudukan Bersatu malam ini

Aiman Hanif

SETELAH sekian lama tidak bertemu, malam ini Muafakat Nasional (MN) nasional bermesyuarat di menara Dato Onn’ Kuala Lumpur.

Fokus pertemuan malam ini membincangkan mengenai status MN yang menjadi tanda tanya selepas PAS dilihat “mesra” bersama Perikatan Nasional (PN).

Pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan memaklumkan, mesyuarat malam ini juga dijangka akan membincangkan soal pendaftaran MN dan kedudukan Bersatu dalam gabungan itu.

“Mesyuarat malam ini memberi fokus kepada status MN. Ini termasuk soal pendaftaran MN sebagai sebuah parti politik seperti dipersetujui sebelum ini.

“Selain itu, mesyuarat malam ini juga akan membincangkan mengenai kedudukan Bersatu dalam MN.

“Juga malam ini terarah kepada pertelingkahan kecil yang berlaku antara pemimpin kedua parti sebelum ini,” katanya kepada Malaysiapost.

Pada 20 Oktober lalu, Umno dan PAS bersetuju untuk mendaftarkan secara rasmi MN dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh setiausaha I dan II MN – Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan media bersama.

“Kepimpinan MN telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi PRUI5 yang akan datang,” kata kenyataan bersama itu.- Malaysiapost

Komen