Undang-undang sedia ada mencukupi tangani individu hina agama

Undang-undang sedia ada mencukupi tangani individu hina agama

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] KERAJAAN berpandangan undang-undang sedia ada sudah memadai dalam menghukum individu yang menghina, mempersenda dan memainkan isu agama.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, berkata Akta Hasutan 1948 serta Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkesan dalam menangani kes berkaitan isu berkenaan.

“Undang-undang ini sudah mencukupi untuk menyedarkan pesalah dari melakukan kesalahan menghina agama dan kaum.

“Namun, KDN dari masa ke semasa akan sentiasa mengkaji perundangan tersebut untuk ditambah baik.

“Selain itu, polis juga akan melakukan pemantauan atas penyebaran maklumat dan tindakan segera akan diambil sekiranya terdapat eleman melibatkan sensitiviti kaum dan agama,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau (BN-Kuala Krai) berkata, demikian selepas menjawap soalan Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan berhasrat meminda akta sedia ada kepada hukuman yang lebih berat terhadap penghina agama. -Malaysiapost

Komen