Maklumat peribadi dalam MySejahtera dilindungi, dikawal selia

Maklumat peribadi dalam MySejahtera dilindungi, dikawal selia

[PARLIMEN] KERAJAAN memberi jaminan maklumat peribadi yang dikumpul melalui aplikasi MySejahtera adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata data itu dimiliki sepenuhnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dikawal selia Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara (NACSA, MKN).

“Data ini diurus berdasarkan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Perubatan 1971,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyataan Wong Kah Who (PH- Ipoh Timur) yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan pihak yang akan memiliki data-data dalam aplikasi MySejahtera dan bagaimana ia dilindungi.

Dr Adham berkata, aplikasi MySejahtera dibangunkan berdasarkan keperluan KKM yang memerlukan kerjasama komuniti untuk membantu dalam mengawal penularan wabak
Covid-19.

“MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara MKN, KKM, MAMPU, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

“Aplikasi MySejahtera menerapkan ciri-ciri
keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Lowyat

Komen