Mayat atas jalan, polis tutup Jalan Bangsar

Mayat atas jalan, polis tutup Jalan Bangsar

LALUAN di Jalan Bangsar di ibu negara terpaksa ditutup susulan penemuan mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh, pagi tadi.

Laluan dari arah KL Sentral menghala Abdullah Hukum ditutup bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di lokasi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan Twitter di ITIS DBKL, memaklumkan penutupan jalan berkenaan pada jam 7.20 pagi tadi.

Sementara itu, Berita Harian melahirkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, mengesahkan pasukan forensik sedang menjalankan siasatan berhubung kes bunuh di lokasi terbabit.

“Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti,” katanya. – Malaysiapost

Komen