Polis buru ‘kaki skodeng’ jiran mandi

Polis buru ‘kaki skodeng’ jiran mandi

SEORANG ‘kaki skodeng’ diburu polis selepas disyaki mengintai jiran wanitanya sedang mandi di sebuah kawasan perumahan di Taman Setia Indah, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 23 tahun, dua hari lalu.

Katanya, ini adalah kejadian kali kedua dialami pengadu yang telah menyewa kediaman berkenaan sejak dua bulan lalu.

“Pengadu membuat laporan dia diintai ketika sedang mandi di tandas rumah sewanya kira-kira pada jam 7.15 pagi.

“Dia menyedari perkara berkenaan selepas mendapati terdapat pergerakan orang di luar tandas melalui tingkap tandas yang sedikit terbuka ketika itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Padzli berkata, mangsa mengesyaki jirannya yang melakukan perbuatan itu kerana hanya suspek yang sudah bangun pagi ketika kejadian berlaku.

“Mangsa turut membuat rakaman video pergerakan suspek menggunakan telefon bimbit namun gambarnya tidak jelas,” katanya.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.-Malaysiapost

Komen