Tony Fernandes jual rumah agam bernilai RM13.55 juta di Scotland

Tony Fernandes jual rumah agam bernilai RM13.55 juta di Scotland

KETUA Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menjual rumah agam di Ayrshire, Scotland yang bernilai 2.5 juta Pound (RM13.55 juta) bagi menyelamatkan perniagaannya.

Memetik laporan The Sun, tokoh korporat dari Malaysia itu membuat keputusan tersebut, sebahagian daripada hartanya dijual bagi menyelamatkan empayar perniagaannya.

Tony pernah tinggal di Skeldon House di Dalrymple, Ayrshire berkenaan selama tujuh tahun.

Kesan dari pandemik Covid-19, Syarikat penerbangan Air Asianya turut terkena tempias.

Laporan portal itu berkata, rumah agam di kawasan seluas 125 ekar itu mempunyai lima buah bilik beserta bilik simpanan wain, gimnasium, sauna dan gelanggang tenis.

Pada Mac lalu, AirAsia mengumumkan penggantungan kesemua penerbangan dalam rangkaiannya berikutan wabak Covid-19 yang melumpuhkan sektor penerbangan di seluruh dunia. -Malaysiapost

Komen