Tun M kesunyian, sahabat seangkatan kini ramai sudah tiada

Tun M kesunyian, sahabat seangkatan kini ramai sudah tiada

Muhammad Mustakim Ramli

TUN Dr Mahathir melahirkan rasa sunyi dan sedih selepas ramai sahabatnya meninggal dunia.

Terbaru, bekas Perdana Menteri itu memaklumklan Khalid Julong meninggal dunia, semalam.

Katanya, dengan pemergian Khalid yang juga bekas ahli Parlimen veteran Umno, maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu.

“Kami berkenalan dan berdamping dalam arena politik apabila tamat sahaja perang dunia kedua.

“Kami berada dalam saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya.

“British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka. Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka,” katanya menerusi Facebook.

Dr Mahathir juga turut menyenaraikan nama sahabat-sahabatnya yang sudah meninggal dunia.

“Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.

“Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian.

“Saya berdoa roh arwah Khalid Julong akan dirahmati Allah SWT,” katanya. -Malaysiapost

Komen