Amran dapat motosikal baharu dari Ebit Liew

Amran dapat motosikal baharu dari Ebit Liew

PENDAKWAH Ebit Lew, menyumbangkan sebuah motosikal kepada seorang lelaki Orang Asli yang kenderaannya terbakar ketika dalam perjalanan mendapatkan bantuan pada Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, motosikal ditunggang Amran Rongi, 29, bersama dua anak lelakinya dilaporkan mengalami kerosakan sebelum terbakar di Plaza Tol Senai, Johor ketika hendak memohon bantuan daripada Baitulmal Johor.

Ebit menerusi Facebook memaklumkan, dia sebak apabila membaca berita mengenai insiden menimpa Amran yang juga orang kurang upaya (OKU).

“Sebak rasa baca fasal abang OKU bersama dua anaknya yang memerlukan bantuan di Johor dan motosikal terbakar dalam perjalanan.

“Abang polis Johor cuba membantu beliau. Syukur, ramai datang membantu.

“Hari ini, saya membeli motosikal baharu untuk dihadiahkan kepada abang ini dan sedikit duit belanja. Kami juga membawa barang dapur untuk 84 keluarga di situ. Beras dan barang dapur dari Elewsmart.

“Sedih rasa apabila Tok Batin tadi mengucapkan terima kasih dan semua orang kampung (Kampung Orang Asli Kuala Masai) kenal ajak bergambar,” katanya.-Malaysiapost

Komen