Kes harian di Portugal lebih tinggi, tapi perlawanan tetap berlangsung – Safawi

Kes harian di Portugal lebih tinggi, tapi perlawanan tetap berlangsung – Safawi

SAFAWI Rasid mengakui keadaan pandemik Covid-19 di Portugal lebih membimbangkan apabila jumlah kes harian lebih tinggi berbanding Malaysia.

Pemain Portimonense SC di Liga Primeira itu berkata kes harian di bandar utama Portugal ketika ini antara 5,000 hingga 6,000 sehari.

“Tetapi perlawanan bola sepak tetap dijalankan,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Sementara itu, Safawi berkata dia memilih untuk tinggal di hotel berbanding pangsapuri tepi pantai sepanjang berada di Portugal kerana lebih senang untuk akses pelbagai kemudahan termasuk makanan.

“Saya pilih duduk hotel kerana mudah untuk makan, gimnasium dan rasa lebih selamat. Penyokong di sini boleh tahan fanatik.

“Dari hotel untuk ke tempat latihan lima minit dan bandar di sini seperti pekan di Terengganu. Sukar juga nak cari makanan di sini sebenarnya,” katanya.

Pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sehingga kini belum lagi membuat penampilan bersama skuad utama Portimonense.

Namun dia dijangka diturunkan apabila kelab tersebut menentang pasukan divisyen tiga, UD Leiria dalam saingan Piala Portugal jam 5 pagi esok waktu Malaysia. – Malaysiapost

Komen