RON97, RON95 naik 2 sen, diesel naik 7 sen

RON97, RON95 naik 2 sen, diesel naik 7 sen

HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik dua sen seliter kepada RM1.94 dan RM1.64 berkuat kuasa jam 12 tengah malam ini.

Harga diesel pula naik tujuh sen seliter iaitu daripada RM1.74 kepada RM1.81 seliter.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan berkata, harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 21 hingga 27 November.

Menurutnya, ia ditetapkan berdasarkan penepatan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

Komen