Pasangan OKU tak kisah makan lauk telur setiap hari
Sharifudin Abdul Rahim
NASIB pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini semakin dirundung malang, lebih-lebih lagi perniagaan kecil-kecilan diusahakan terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pasangan Bakri Abd Latif, 44, dan isterinya, Hidayah Othman, 45, bersama dua anak mereka tidak kisah makan nasi berlaukkan telur saban hari, namun tetap sabar menempuhi liki hidup.
Bakri yang cacat penglihatan bekerja sebagai tukang urut, manakala Hidayah hanya menjual makanan di tepi jalan, redha terhadap rezeki yang dikurnikan Allah kepada mereka sekeluarga.
“Kami makan apa yang ada, nasi kosong dengan telur pun sudah cukup bagi kami sekeluarga,” kata Hidayah ketika ditemui di rumahnya di PPR Wahyu, Taman Wahyu di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. – Malaysiapost










