PKP ditukar PKPB di Selangor atas faktor ekonomi – KKM

PKP ditukar PKPB di Selangor atas faktor ekonomi – KKM

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) pernah mencadangkan supaya Peritah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Selangor bermula 14 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  tindakan itu tidak dapat dilaksanakan dengan mengambil kira faktor ekonomi.

“Tindakan itu digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi penularan jangkitan Covid-19,” katanya dalam sesi taklimat khas Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan PKP pada Mac lalu di seluruh negara terbukti berjaya meratakan lengkuk dan memutuskan jangkitan dalam negara, namun ia memberi kesan negatif kepada ekonomi.

“Justeru, PKPB kali ini dilakukan dengan seimbangkan keperluan kesihatan dan ekonomi,” katanya. -Malaysiapost

Komen