3 beradik warga Malaysia terkandas di Yala sejak Mac

3 beradik warga Malaysia terkandas di Yala sejak Mac

TIGA beradik warga Malaysia terkandas lapan bulan di Thailand apabila sempadan Thailand-Malaysia ditutup sejak 18 Mac lalu dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Muhammad Adam Danel Mohd Rozi, 11, bersama adiknya, Muhammad Arash Raihan, 7, dan Muhammad Muhaimin Putra, 3, mengikut ibu mereka warga Thailand, memasuki negara jiran itu untuk memperbaharui visa di Yala, 16 Mac lalu.

Ibu kanak-kanak terbabit, Sakina Museh, 38, berkata ketiga-tiga anaknya terpaksa mengikut beliau pulang ke Thailand kerana tiada orang menjaga mereka di Malaysia.

“Suami saya (Mohd Rozi Ab Rahman) telah meninggal dunia September tahun lalu akibat kanser.

“Disebabkan keadaan terdesak, saya terpaksa membawa ketiga-tiga anak balik (tanpa dokumen yang sah) ketika itu kerana tiada orang menjaga mereka,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia kemudian mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menutup pintu sempadan mulai 18 Mac.

Selain itu, Sakina berkata, kos masuk semula Malaysia agak tinggi bagi mereka kerana terpaksa menanggung kos menjalani kuarantin 14 hari dan saringan Covid-19.

“Saya berharap kerajaan Malaysia dan Thailand dapat membantu kami pulang ke Malaysia.

“Kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya yang juga penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor.

Sementara itu, Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla sedang berusaha membantu empat beranak terbabit untuk pulang ke. – Malaysiapost

Komen